Tuesday, 10 April 2012

Elemen Multimedia

Teks
Perkataan dalam apa jua bentuk, bertulis atau lisan.
Teks merupakan salah satu media yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia sama ada sebagai menu utam, sistem navigasi dan terutamanya bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian.


Grafik 
Grafik merupakan medium yang digunakan untuk menyampaikan maklumat secara berkesan. Grafik merupakan lukisan atau gambar pegun yang statik serta tidak bergerak. Terdapat dua jenis bentuk grafik iaitu grafik vektor dan grafik bitmap. Format fail yang mewakili grafik adalah GIF (Grafik Interchange Format), JPEG (Joint Photograhic Expert Group) dan GIF (Graphic Interchange Format)). Aplikasi yang digunakan dalam grafik mampu untuk menarik perhatian serta menimbulkan rasa ingin lebih mendekati cara penyampaian yang disampaikan melalui bahan grafik tersebut.
Grafik mempunyai elemen-elemen tertentu seperti garisan yang memberikan penekanan kepada sesuatu mesej yang ingin disampaikan. Seterusnya dari segi bentuk yang mampu memberikan kesan khas dan minat kepada persembahan. Elemen seterusnya iaitu ruang yang memberi kesan yang baik kepada sesuatu paparan berperanan untuk mengibangi sesuatu persembahan agar seimbang serta tidak terlalu padat.

Video
Video adalah teknologi untuk menangkap, merakam, memproses, mentransmisikan dan menata ulang gambar bergerak. Video juga dikatakan sebagai gabungan gambar-gambar mati yang dibaca berurutan dalam suatu waktu dengan kecepatan tertentu. Gambar-gambar yang digabung tersebut dinamakan frame dan kecepatan pembacaan gambar disebut dengan frame rate. Semakin besar nilai frame rate maka akan semakin halus pergerakan yang ditampilkan.Video adalah merupakan satu medium yang berkesan untuk menyampaikan satu persembahan atau maklumat.
Video dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu video analog dan video digital.Video analog merupakan video yang diaplikasikan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, dan filem. Manakala video digital pula merupakan video yang diaplikasikan melalui isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik.

Audio
Elemen audio merujuk kepada rakaman bunyi, suara dan muzik yang mengeluarkan kesan bunyi daripada penghasilan gelombang melalui udara. Penggunaannya mampu menjadi daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang bagi memudahkan penerangan dan penjelasan kepada sesuatu makluamt atau informasi

Animasi
Animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup.  Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan di sini bahawa animasi bermakna satu prose menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik

Medium Penghantaran

Terdapat dua jenis iaitu
1. Berasaskan Web (web based)
2.Berasaskan cd (cd based)


a) Web based

resolusi rendah dan saiz yang terhad 
boleh diubah , dipadam dan dirosakkan oleh orang tidak bertanggungjawab
informasi multimedia boleh dikemaskini dengan mudah danlebih
murah

b) Cd based
boleh menyimpan bahan multimedia tahap tinggi seperti video 
disimpan secara kekal dan bahannya tidak boleh diubah 
informasi multimedia boleh ketinggalan zaman

Multimedia Dalam Pelbagai Bidang



          Sekarang adalah zaman serba canggih dan kebanyakan masyarakat sekarang bergantung kepada teknologi. Multimedia adalah sangat popular. Multimedia ini adalah penggunaan komputer untuk menyajikan dan mengabungkan teks, suara, gambar, animasi dan video dengan alat bantu dan koneksi. Nama lain bagi alat bantu iaitu "tool" manakala koneksi adalah "link". Multimedia ini banyak membantu pengguna untuk berinteraksi, berkarya, dan berkomunikasi.


          Multimedia ini terbahagi kepada pelbagai bidang iaitu bidang perniagaaan, hiburan, ekonomi, pendidikan, politik, perubatan dan sebagainya. saya memfokuskan kepada bidang pendidikan yang mana ia dapat membantu dalam pengajaran agar ia menjadi lebih baik.




Multimedia dalam Pendidikan

Multimedia dalam pendidikan banyak membantu para pengajar dan pelajar dalam memahami dan mendapat maklumat dengan adanya bunyi, grafik dan lain-lain. sebagai contoh, cuba perhatikan mana-mana buku teks sekolah atau buku rujukan lain yang anda miliki, tidak kira banyak mana warna yang digunakan, buku tersebut masih lagi gagal mengatasi kelebihan yang ditawarkan di dalam sesebuah sistem multimedia.

Contoh-contoh multimedia dalam pendidikan ialah seperti kamus multimedia elektronik yang memaparkan makna sesuatu perkataan atau istilah yang dikehendaki dengan menggunakan pelbagai media sokongan, sumber rujukan elektronik iaitu membantu pengguna untuk mencari maklumat contoh sumber rujukan eektronik iaitu tutorial interaktif, buku elektronik dan sebagainya, simulasi kertas kerja, e-learning serta eksperimen atau ujikaji juga merupakan contoh multimedia dalam pendidikan.
Sumber: Jurnal pendidikan 1999/2000, Jilid 2, Bil 3. Gaya Pembelajaran dan penggunaan Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

Multimedia dalam Animasi
Animasi ini adalah paparan pantas dari susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ini dihasilkan dengan pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun terdapat juga cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.
Animasi komputer adalah seni menghasilkan gambar bergerak melalui penggunaan komputer dan merupakan sebahagian bidang komputer grafik dan animasi. Animasi semakin banyak dihasilkan melalui grafik komputer 3D walaupun grafik komputer 2D masih banyak. Kadangkala sasaran animasi adalah komputer itu sendiri, kadangkala sasaran adalah perantaraan lain, seperti filem.
Untuk menghasilkan gambar pergerakan, imej dipaparkan pada skrin komputer dan diganti dengan imej baru yang seiras gambar sebelumnya dengan pantas. Teknik ini serupa dengan bagaimana gambar bergerak dihasilkan melalui televisyen dan filem. Animasi komputer 3D pada asasnya merupakan pengganti digit bagi seni animasi gerak pegun.Patung animasi dibina pada skrin komputer dan dipasang dengan rangka siber. Kemudian anggota badan, mata, mulut, pakaian, dan lain-lain bagi patung 3D digerakkan oleh juruanimasi. Akhirnya, animasi dihasilkan. Contohnya cerita Chicken Little.

Definisi Multimedia

Panduan untuk mengetahui multimedia harus dimulai dengan definisi atau pengertian multimedia. Dalam industri elektronika, multimedia adalah kombinasi dari komputer dan video (Rosch, 1996) atau multimedia secara umum merupakan kombinasi tiga elemen yaitu, suara, gambar dan teks (Mc Cormick, 1996) atau multimedia adalah kombinasi dari paling sedikit dua media input atau output dari data, media ini dapat berupa audio (suara,musik), animasi, video, teks, grafik dan gambar (Turban dkk, 2002) atau multimedia merupakan alat yang menciptakan presentasi yang dinamis dan interaktif yang mengkombinasikan teks, grafik, animasi, audio dan gambar video (Robin dan Linda, 2001).

Definisi lain dari multimedia yaitu dengan menempatkannya dalam konteks, seperti yang dilakukan oleh Hoftsteter (2001), multimedia adalah pemanfaatan komputer untuk membuat dan menggabungkan teks, grafik, audio, video dan animasi dengan menggabungkan link dan tool yang memungkinkan pemakai melakukan navigasi, berinteraksi, berkreasi dan berkomunikasi.

Dalam definisi ini terkandung empat komponen penting multimedia.
  1. Pertama, harus ada komputer yang mengkoordinasi apa yang dilihat dan didengar yang berinteraksi dengan kita.
  2. Kedua, harus ada link yang menghubungkan kita dengan informasi.
  3. Ketiga, harus ada alat navigasi yang memandu kita, menjelajah jaringan informasi yang saling terhubung.
  4. Keempat, multimedia menyediakan tempat kepada kita untuk mengumpulkan, memproses dan mengkomunikasikan informasi dan ide kita sendiri.
Jika salah satu komponen tidak ada, maka bukan multimedia dalam arti luas namanya. Misalnya jika tidak ada komputer untuk berinteraksi maka itu namanya media campuran, bukan multimedia. Jika tidak ada link yang menghadirkan sebuah struktur dan dimensi, maka namanya rak buku, bukan multimedia. Kalau tidak ada navigasi yang memungkinkan kita memilih jalannya suatu tindakan maka itu namanya film, bukan multimedia. Demikian juga jika kita tidak mempunyai ruang untuk berkreasi dan menyumbangkan ide sendiri, maka namanya televisi, bukan multimedia. Dari definisi diatas, maka multimedia ada yang online (internet) dan multimedia yang offline (tradisional).

Konsep Multimedia





















4.1  Konsep Multimedia

  1. Definisi Multimnedia
  2. Multimedia dalam Pelbagai Bidang
  3. Multimedia Interktif
  4. Medium Penghantaran
  5. Elemen Multimedia